MatchPoint Times

Home

Trump seru mansuh Obamacare, mahu dana kesihatan salur terus kepada rakyat

Cover Image for Trump seru mansuh Obamacare, mahu dana kesihatan salur terus kepada rakyat

Presiden AS berkata Obamacare merupakan sistem kesihatan terburuk di dunia.

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa senator Republikan memansuhkan program Obamacare dan menyalurkan semula dana diberikan kepada syarikat insurans kesihatan ‘terus kepada rakyat’.

Menurut Anadolu Ajansi, Trump dalam hantaran di platform media sosialnya Truth Social mengkritik program insurans diperkenalkan bekas Presiden Barack Obama, dengan mendakwa ia gagal memperbaiki sistem penjagaan kesihatan negara.

Beliau mencadangkan kepada senator Republikan agar ‘ratusan bilion dolar yang kini disalurkan kepada syarikat insurans bagi menyelamatkan sistem kesihatan di bawah Obamacare, disalurkan terus kepada rakyat supaya mereka dapat membeli perkhidmatan kesihatan sendiri yang jauh lebih baik dan masih mempunyai lebihan wang’.

Tags:Amerika SyarikatObamacaresistem kesihatanTrump


Tornado kills six, injures 750 as it wrecks southern Brazil town

Traumatised residents sifted through the rubble of their homes as they tried to salvage some belongings.

🟡AFP

Messi leads Miami into MLS Cup playoff matchup with Cincinnati

Lionel Messi and Tadeo Allende each scored two goals and Inter Miami routed Nashville 4-0 to advance in the MLS Cup playoffs.

🟡AFP