PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menetapkan sebarang syarat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur bulan ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz.
Mengikut pemahaman Putrajaya, katanya, pemimpin AS itu tidak meletakkan sebarang syarat.
“Tidak, kami tidak tahu (mengenainya),” katanya menurut The Straits Times sambil menambah perkara itu tidak dibangkitkan dalam panggilan video bersama timbalan wakil perdagangan AS pada 7 Okt lalu.