PETALING JAYA: Naib Ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan menafikan dakwaan beliau memulaukan mesyuarat sayap itu bulan lepas, menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat.
Sanjeevan berkata, beliau sedia memberi kerjasama penuh sekiranya parti menjalankan siasatan berhubung tuduhan itu.
“Soal mereka kata saya pulaukan mesyuarat itu adalah fitnah jahat dan saya serah kepada pucuk pimpinan parti siasat, sama ada betul atau fitnah saya kata saya pulau mesyuarat.