PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mencadangkan agar Muhyiddin Yassin and Dr Mahathir Mohamad mengadakan ‘pertemuan empat mata’ agar kekeliruan berhubung tuduhan dana Bersatu diseleweng tidak berpanjangan.
Merujuk tuduhan Mahathir bahawa Muhyiddin ‘mencuri’ dana Bersatu, Tun Faisal berkata, besar kemungkinan Mahathir menerima maklumat tidak benar.
“Justeru, adalah lebih wajar perkara ini diperjelaskan melalui pertemuan empat mata antara kedua-dua tokoh ini bagi mengelakkan kekeliruan berpanjangan, lebih-lebih lagi apabila perkara ini tidak pernah dibangkitkan oleh Mahathir dalam begitu banyak pertemuan mereka sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
