MatchPoint Times

Home

Tunggu ‘lampu hijau’ PM, kata Nga berkait bacaan kedua RUU PSB

Cover Image for Tunggu ‘lampu hijau’ PM, kata Nga berkait bacaan kedua RUU PSB

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata pihaknya bersedia sepenuhnya namun keputusan akhir tertakluk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pembentangan semula bacaan kedua Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Dewan Rakyat akan ditentukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Nga berkata, kementeriannya telah bersedia untuk meneruskan bacaan kedua RUU itu yang ditangguhkan sebelum ini namun keputusan akhir bagi menetapkan masa yang sesuai akan dibuat perdana menteri.

“Ini tertakluk kepada keputusan perdana menteri untuk mencari masa yang paling sesuai dengan jadual ketat sidang Dewan Rakyat pada minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Perdana Pembaharuan Semula Bandar di Pusat Konvensyen MPAJ.

Tags:Anwar Ibrahimbacaan keduaDewan RakyatNga Kor MingRUU PSB


Surat dihantar bukan ‘permohonan rasmi sertai PN’, kata pemimpin MIC

Setiausaha Agung S Ananthan dipetik sebagai berkata surat berkenaan untuk mendapatkan ‘penjelasan’.

🟡FMT Reporters

Hidden rule could let developers build taller towers, activist warns

Khoo Salma Nasution says a little-known mechanism could let developers build far taller towers by shifting ‘unused’ building rights across the island.

🟡Predeep Nambiar