KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tuntutan Sarawak untuk autonomi lebih besar serta kawalan terhadap sumber minyak dan gas mesti dibawa ke Parlimen, bukan diselesaikan melalui rundingan tertutup.
Beliau berkata, dalam sebuah persekutuan dasar negara mesti diutamakan berbanding tuntutan negeri, sambil menyatakan kekayaan perlu diagih secara adil antara negeri kaya dan miskin.
Membandingkan kemakmuran negeri itu dengan era penjajahan, Mahathir berkata Sarawak mendapat banyak manfaat apabila menjadi sebahagian daripada Malaysia.