KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket jenayah terancang pemerasan seksual secara dalam talian melibatkan kerugian lebih RM3 juta hasil serbuan di Johor pada 15 Jan lalu.
Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata enam suspek berusia 18 hingga 33 tahun ditahan menerusi Op Bugil dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Johor.
Katanya, sindiket diketuai lelaki tempatan berusia 23 tahun itu aktif sejak 2024 dengan menggunakan taktik menyamar wanita cantik di media sosial bagi memerangkap mangsa.
