PUTRAJAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan institusi dihormati yang melahirkan ramai pemimpin dalam dan luar negara, kata jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil.
Fahmi menyuarakan kekecewaan terhadap kritikan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan mengenai kemampuan UIAM mengkaji kebolehlaksanaan pilihan raya tempatan.
“Sebagai setiausaha agung (PAS), beliau tidak sepatutnya memandang rendah institusi pengajian tinggi kita, terutamanya UIAM,” katanya selepas Mesyuarat Kabinet.
