PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memaklumkan pihaknya sedang ‘meneliti’ kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pensyarahnya, yang mencadangkan bahawa teknik pembinaan kapal Rom kuno mungkin dipelajari daripada pelayar Melayu.
Menurut UIAM, pihaknya memandang serius perkara itu dan kesal dengan tindakan ahli akademik tersebut. Langkah dalaman akan diambil selaras dengan prosedur sedia ada selepas penelitian itu selesai, tambahnya.
Pihak universiti juga berkata, kenyataan pensyarah itu sekali lagi mencemarkan integriti akademik dan reputasi UIAM, walaupun teguran telah diberikan kepada beliau sebelum ini agar lebih bertanggungjawab apabila mengulas isu-isu akademik.
