PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menubuhkan panel inkuiri dalaman untuk meneliti kenyataan pensyarah Solehah Yaacob yang mendakwa tamadun Rom kuno belajar teknologi membuat kapal daripada pelaut Melayu.
UIAM berkata inkuiri terbabit dipengerusikan Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan), Ahmad Faris Ismail, ahli sejarah Zaid Ahmad dan Dekan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) UIAM, Hazizan Noon.
“Inkuiri ini akan dijalankan selaras peraturan UIAM dan menjalankan penelitian yang menyeluruh, bebas serta selaras dengan Terma Rujukan yang ditetapkan dalam menilai isu berkaitan integriti akademik.
