MatchPoint Times

Home

UM semak semula artikel Solehah dibangkitkan sarjana

Cover Image for UM semak semula artikel Solehah dibangkitkan sarjana

Universiti Malaya berkata pihaknya memandang serius isu ini kerana ia melibatkan integriti akademik dan kredibiliti penyelidikan.

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) telah memulakan satu semakan menyeluruh terhadap sebuah artikel diterbitkan dalam Jurnal Al-Tamaddun pada 2018, selepas seorang sarjana bebas membangkitkan kebimbangan mengenai penggunaan laporan berita satira sebagai bukti fakta.

Sharifah Munirah Alatas menggesa artikel bertajuk “Discourse on the Bible Compilation Framework Timeline: A Relation with the Development of Islamic Source” ditarik balik, selepas mendapati ia mengandungi perenggan yang mendakwa Tamadun Yunani purba adalah “direka sepenuhnya” oleh ahli sejarah – sedangkan dakwaan itu asalnya dari artikel satira diterbitkan portal Amerika Syarikat, The Onion, pada 2010.

UM dalam maklum balasnya berkata semakan terperinci terhadap artikel dan proses penyuntingannya sedang dijalankan.

Tags:Jurnal Al-TamaddunSharifah Munirah AlatasSolehah YaacobThe OnionUniversiti Malaya


Pakistani Taliban claim deadly suicide attack in Islamabad

Interior minister Mohsin Naqvi said 12 people were killed and 27 wounded when the assailant detonated explosives near a police vehicle.

🟡AFP

Myanmar scam hub largely standing despite crackdown

An expert said satellite images showed raids were limited to protect the illicit trade but publicised to suggest strong action.

🟡AFP