MatchPoint Times

Home

Umno akan saman pemfitnah pemimpin parti

Cover Image for Umno akan saman pemfitnah pemimpin parti

Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia sebagai pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR: Umno akan mula mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap pihak menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata langkah itu selari penubuhan Sekretariat Perundangan di peringkat ibu pejabat Umno yang berperanan memantau isu berkaitan.

“Selama ini bukan budaya Umno untuk menyaman atau menghantar tuntutan kepada mana-mana pihak, namun melihat kepada suasana semasa dan penggunaan media sosial secara rakus untuk memburukkan pemimpin Umno, kita berpandangan sudah tiba masa untuk bertindak lebih agresif,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bukit Bintang.

Tags:Asyraf Wajdi DusukifitnahpemimpinsamanUmno


Goldman hires former UK prime minister Sunak as adviser

The ex-premier is re-joining the Wall Street bank two decades after he left as an analyst.

🟡Bloomberg

MACC probes alleged milk powder cartel tied to govt department

A source says officers raided three residences and a company premises in Kuala Lumpur.

🟡FMT Reporters