PUTRAJAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti belum membincangkan kemungkinan kemasukan semula bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Zahid turut menafikan khabar angin beliau dan Khairy membincangkan perkara itu pada majlis resepsi perkahwinan.
“Saya cuma berjumpa dengan beliau di majlis perkahwinan. Kita tidak berbincangkan apa-apa pun,” katanya selepas menghadiri ‘Festival of Ideas’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
