KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan kepimpinan tertinggi parti itu supaya menilai semula kedudukan dalam kerajaan perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bekas perdana menteri Najib Razak.
Permohonan itu dibuat bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Penasihat Umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu melemahkan perjuangan Umno dalam mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
