KUALA LUMPUR: Umno akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti gabungan dalam kerajaan perpaduan yang bercadang atau sudah mengizinkan kemasukan ahlinya ke dalam parti masing-masing.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.
“Protes ini merupakan amaran keras, jika tidak ditangani boleh mengeruhkan hubungan sesama parti gabungan,” katanya.