KUALA LUMPUR: Anak Najib Razak menghargai usaha berterusan Umno mendapatkan ‘keadilan dan kebebasan’ untuk bapanya yang juga bekas presiden parti itu sejak tiga tahun lalu.
Nazifuddin Najib berkata, pelbagai usaha dilakukan dan pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pertimbangan meringankan hukuman Najib bagi membolehkannya kembali ke pangkuan keluarga.
“Sepanjang bertahun-tahun itu, kita tahu naik turun mahkamah bukan satu perjalanan yang senang. Namun, sehingga hari ini parti, rakan-rakan ‘Bossku’ serta pemimpin negara dan kerajaan tidak pernah meninggalkan Bossku. Jadi, usaha itu perlu diteruskan.
