PETALING JAYA: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius hantaran tular di media sosial didakwa menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R) babitkan seorang graduannya.
Semalam tular satu hantaran berbaur 3R membabitkan seorang individu bukan beragama Islam yang memuat naik gambar memijak kitab suci Al-Quran.
Dalam kenyataan, universiti itu berkata UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian.
