MatchPoint Times

Home

Undang-undang tentera diisytihar di sempadan timur Thailand

Cover Image for Undang-undang tentera diisytihar di sempadan timur Thailand

Pelaksanaan undang-undang tentera di sebahagian wilayah Chanthaburi dan Trat bertujuan beri kuasa undang-undang penuh kepada tentera untuk kekal keamanan.

BANGKOK: Pemerintahan Pertahanan Sempadan Chanthaburi-Trat hari ini mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di beberapa daerah di timur Thailand, berkuat kuasa serta-merta.

Ini susulan hari kedua ketegangan yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja yang dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.

Timbalan Jurucakap Tentera Laut Thailand Laksamana Muda Paratch Rattanachaipan menjelaskan, pelaksanaan undang-undang tentera di sebahagian wilayah Chanthaburi dan Trat bertujuan memberikan kuasa undang-undang penuh kepada pihak tentera untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman, sambil memberi jaminan kepada orang awam bahawa kehidupan harian boleh diteruskan seperti biasa.

Tags:ChanthaburiKembojaketegangan diplomatikKuil Preah Vihearpemerintahan pertahanan sempadanThailandTratundang-undang tentera


Call off amendments to Poisons Act, says MMA

The Malaysian Medical Association gives warning of unchecked enforcement powers and a lack of stakeholder input.

🟡FMT Reporters

Piastri takes dominant sprint pole in Belgium

The Formula One leader lapped the Spa-Francorchamps circuit with a best time of 1:40.510s.

🟡Reuters