PETALING JAYA: Kerajaan diseru mengutamakan jemaah kali pertama berbanding golongan mampu bayar untuk mengisi kuota Tabung Haji, termasuk diberi Arab Saudi pada saat akhir.
Pertubuhan Asean Umrah dan Haji berkata, jemaah kali pertama wajar diutamakan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu berbanding golongan mampu bayar kerana ramai dalam senarai menunggu.
Presiden Mohd Khalid Harun berkata, mengutamakan jemaah kali pertama akan mempercepatkan tempoh menunggu selain mengurangkan risiko pemergian ke Tanah Suci tanpa visa haji.