PETALING JAYA: Kerajaan negeri disaran mengenakan larangan tertentu berkenaan penjualan rokok elektronik sementara menunggu kerajaan persekutuan menggubal undang-undang baharu, kata polis.
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay akui kes penyalahgunaan dadah sintetik menggunakan rokok elektronik semakin membimbangkan polis, kerana turut membabitkan pelajar sekolah.
Beliau memberitahu pemberita terdapat pelajar sekolah semuda usia 13 tahun dikesan menggunakan ‘vape’ mengandungi bahan dicampur dadah.