PETALING JAYA: VFive Group Sdn Bhd melancarkan pelaksanaan strategi jangka panjang bagi meletakkan organisasi itu di landasan lebih kukuh untuk terus mencapai daya tahan dan kelangsungan yang mampan.
Strategi berkenaan digerakkan melalui lima pemacu utama yang menjadi kerangka baharu hala tuju syarikat merangkumi Strategi Arah Tuju, Kecemerlangan Operasi, Kemampanan Kewangan, Kepimpinan dan Bakat, serta Tadbir Urus dan Integriti.
Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah, berkata pihaknya berhasrat untuk meletakkan kedudukan syarikat sebuah konglomerat yang kekal kompetitif untuk tempoh 50 hingga 100 tahun akan datang.
