PETALING JAYA: Polis memaklumkan seorang lelaki dituduh di mahkamah tahun lalu, susulan video tular di media sosial memaparkan seorang dewasa memukul seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek kes berkenaan dituduh di mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Dis.
Suspek merupakan ayah tiri kepada mangsa, tambahnya.
