PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti pemandu e-panggilan yang dilihat dalam sebuah video tular atas dakwaan melakukan gangguan seksual dalam kereta terhadap seorang penumpang wanita.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata semakan pihaknya setakat ini belum ada laporan polis dibuat berkait kejadian.
“Polis menerima video tular dimuat naik di media sosial memaparkan kejadian gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh seorang pemandu e-panggilan dalam sebuah kereta.
