HANOI: Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengarahkan pihak berkuasa Hanoi melaksanakan larangan penggunaan motosikal berkuasa bahan api fosil di kawasan pusat bandar yang terletak dalam Lingkaran Jalan 1 (Ring Road 1), berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan nasional menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius, khususnya pencemaran udara dan air di bandar utama.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), kualiti udara di Hanoi kadangkala tersenarai antara paling tercemar di dunia, manakala sungainya pula dilaporkan mengalami pencemaran air melebihi tahap selamat sejak sekian lama.