PETALING JAYA: Warisan berdepan laluan sukar untuk terus memperluas pengaruhnya walaupun menunjukkan prestasi pilihan raya yang mengagumkan di Sabah dan meraih kemajuan besar di kawasan bandar, menurut penganalisis.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata Warisan secara konsisten berada dalam kelompok blok terbesar di Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak pertama kali bertanding pada PRU 2018.
Pada Sabtu, parti itu memenangi 25 kerusi — jumlah kedua tertinggi di DUN Sabah — dengan sokongan meningkat daripada pengundi Cina yang beralih daripada DAP dan PKR.
