KOTA BHARU: Lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menculik seorang lelaki di Pasir Puteh, disambung reman dua hari bermula esok.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid, selepas membenarkan permohonan polis bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 385, 342 dan 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
Terdahulu, semua suspek berbaju lokap berwarna oren dan menutup muka tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 8.30 pagi tadi.