PETALING JAYA: Seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai makan didenda RM11,800 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan dua lelaki dan merosakkan harta benda.
Harian Metro melaporkan Nurfarahanim Soaid, 29, membuat pengakuan itu di depan Majistret Anis Hanini Abdullah dan Mohd Harith Mohd Mazlan di dua mahkamah berasingan.
Bagi pertuduhan pertama, dia mengaku bersalah sengaja mencederakan Mohamed Hussain Mubarakali dengan menampar dan menumbuk mangsa.
