TANGKAK: Seorang operator kilang kerugian RM72,175 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.
Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata wanita berusia 59 tahun itu mula terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah konon mengandungi wang USD195,000 daripada seorang individu dikenalinya menerusi Facebook.
“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudian melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.
