KUALA TERENGGANU: Seorang kerani wanita kerugian sebanyak RM94,569 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud melalui aplikasi sosial.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pada 13 Nov lalu mangsa yang berusia 44 tahun menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang menawarkan kerja sambilan untuk menjana pendapatan sampingan.
Beliau berkata, mangsa kemudian dimasukkan ke satu kumpulan aplikasi Telegram untuk diberi penerangan mengenai kerja terbabit dan dijanjikan komisen sebanyak 20% daripada modal yang dikeluarkan untuk setiap tugasan.
