PETALING JAYA: Seorang ejen pelaburan direman dua hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel guru wanita yang juga madunya, Mac lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.
Sumber berkata, wanita berusia 53 tahun ditahan kira-kira 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis, lapor Berita Harian.