PETALING JAYA: Lelaki warga asing berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah premis dalam daerah Kulai, Johor.
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya mengesan video tular dalam media sosial yang memaparkan bendera Malaysia dipasang terbalik itu pada pukul 4 petang semalam.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai telah menjalankan pemeriksaan dan menahan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun,” katanya dalam kenyataan.
