PETALING JAYA: Seramai 27 individu ditahan kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah tanpa permit dan kelulusan di Kampar, melibatkan anggaran rampasan RM28.73 juta, semalam.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Shahrum Hashim, berkata mereka berusia antara 19 hingga 76 tahun terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, wanita tempatan (seorang), lelaki warga China (10), lelaki Bangladesh (lapan), dan seorang lelaki Nepal.
“Siasatan mendapati kegiatan itu berlaku sejak Julai 2024. Mereka ditahan termasuk seorang pengurus tapak kuari warga China dan pemeriksaan mendapati semua warga asing bekerja itu melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat untuk ke negara ini.