PETALING JAYA: Seorang warga emas ditahan kerana mengacu pistol mainan ke arah seorang pemandu kereta di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur.
Ketua Polis Brickfields, Hoo Chan Hook, berkata lelaki 60 tahun itu mengakui berang dengan tindakan pemandu sebuah kereta yang memotong kenderaannya tanpa memberi isyarat lampu.
“Suspek tak puas hati dan potong balik. Semasa suspek potong balik, pemandu tersebut turunkan tingkap dan marah-marah. Suspek kemudian pun turunkan tingkap dan tunjuk pistol mainan ke arahnya.”
