PETALING JAYA: Seorang warga emas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas seorang individu di Pulau Pinang ditemukan meninggal dunia.
Polis menemukan lelaki itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di George Town, pagi tadi. Penyiasat pergi ke rumah di Solok Codrington itu pada 8.05 pagi tadi, susulan maklumat yang diberikan oleh mangsa.
“Sebaik tiba polis menemukan seorang lelaki berusia 68 tahun yang disyaki suspek dalam kes itu telah meninggal dunia,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail, lapor Bernama.
