PETALING JAYA: Seorang warga emas melecur hampir seluruh badan dan dalam keadaan kritikal selepas tong gas meletup di rumahnya di Taman Kledang Emas, Ipoh, semalam.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian 3.40 pagi Jumaat, letupan turut menyebabkan kebakaran yang menyambar wanita berusia 63 tahun itu.
Katanya, temubual dengan anak mangsa mendapati kejadian bermula dengan bau kuat dipercayai daripada tong gas yang dapat dihidu dari bilik tidurnya di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu.
