KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun maut selepas kediamannya musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran berhampiran Jalan Tok Guru, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Satyuti Satar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem NG999 pada 5.58 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata jentera bomba tiba pada 6.01 petang dengan kekuatan 27 anggota, dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sementara berkeluasan kira 5×5 meter persegi dengan kemusnahan dianggarkan 98%.
