PETALING JAYA: Seorang warga emas maut selepas pacuan empat roda dipandunya melanggar tiang keselamatan di Plaza Tol Bentong dan terbalik semalam.
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata warga tempatan berusia 65 tahun, Sapri Aziz, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.
Beliau berkata, penumpang wanita Toyota Hilux itu yang juga isteri mangsa berusia 61 tahun cedera ringan di bahagian kepala.
