MatchPoint Times

Home

Warga Malaysia ditahan polis Thailand berkait kes tipu lebih RM400,000

Cover Image for Warga Malaysia ditahan polis Thailand berkait kes tipu lebih RM400,000

Suspek dikenali Tan dari Sabah disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk menipu mangsa warga tempatan dan memperoleh wang tunai itu.

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki warganegara Malaysia pada Jumaat selepas disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk menipu mangsa dan memperoleh wang tunai melebihi 3.3 juta baht (kira-kira RM426,000).

Ketua Bahagian Polis Metropolitan 2, Kiattikul Sonthanan, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan di daerah Don Mueang, Bangkok, berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Thonburi pada 7 Nov atas kesalahan penipuan dengan menyamar sebagai individu lain.

Beliau berkata suspek yang dikenali sebagai Tan dari Sabah itu ditahan di sebuah hotel di Soi Saranakhom 3, Don Mueang.

Tags:ditahanlelakimenyamarPegawai kerajaanpenipuanThailand


Naked intruder nabbed after breaking into KL woman’s home

Brickfields police chief Hoo Chang Hook says the suspect was taken into custody yesterday.

🟡FMT Reporters

Konvensyen Amanah tegang, perwakilan desak usul pemilihan parti dibahas

Tiga perwakilan tampil ke mikrofon suarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan pimpinan menolak perbincangan mengenai usul itu.

🟡FMT Reporters