MatchPoint Times

Home

Waytha mohon maaf kepada PM, kenyataan berkait tempoh Tengku Maimun tidak benar

Cover Image for Waytha mohon maaf kepada PM, kenyataan berkait tempoh Tengku Maimun tidak benar

Bekas menteri di JPM, P Waytha Moorthy, mohon maaf berhubung kenyataan berkait tempoh perkhidmatan bekas ketua hakim negara, Tengku Maimun Tuan Mat.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap Anwar pada satu majlis bersama media, semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, Waytha mengakui kesilapannya yang mendakwa Anwar tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas ketua hakim negara, Tengku Maimun Tuan Mat, kerana beliau pernah membuat keputusan terhadap perdana menteri dalam kes rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ini kerana setelah menyemak semula rekod rasmi kehakiman pagi tadi, beliau mendapati Tengku Maimun tidak pernah terlibat sebagai panel hakim dalam mana-mana kes rayuan Anwar.

Tags:Anwar Ibrahimpermohonan maafTengku MaimunWaytha Moorthy


40% revenue ruling needs review to avoid complications, says Fahmi

The government spokesman says a thorough study is vital to safeguard Sabah’s rights under MA63, and to ensure compliance with the Federal Constitution.

🟡Bernama

Murid lemas: Jabatan pendidikan KL siasat pematuhan SOP program

JPWPKL berkata, kes sedang disiasat polis dan pihaknya akan beri kerjasama penuh dalam siasatan.

🟡Bernama