PETALING JAYA: Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Cintai Sungai Malaysia (Wira Sungai) sedia bekerjasama dengan kementerian, Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan untuk menjayakan pelan tindakan bersepadu menangani pencemaran sumber air itu.
Pengerusi Zikrullah Ismail berkata, NGO itu yakin dengan iltizam politik, tindakan penguatkuasaan konsisten, dan penglibatan akar umbi mampu mengembalikan maruah sungai sebagai sumber kehidupan dan khazanah negara.
Menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat 28 Julai lalu, Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani berkata isu pencemaran air sungai perlu ditangani secara bersepadu dengan pembabitan semua pihak termasuk kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).