PETALING JAYA: Tindakan mengharamkan permainan dalam talian termasuk Roblox tidak akan menyelesaikan isu keselamatan kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Teo berkata isu berkenaan, berupaya dibendung sekiranya permainan dalam talian mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk golongan tersebut.
Katanya, cadangan itu antara yang dibincangkannya bersama Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam Farah Nini Dusuki, baru-baru ini, lapor Bernama.
