PETALING JAYA: YTL Power International Bhd akan melancarkan model bahasa luas (LLM) miliknya, dikenali ILMU 1.0 sejajar dengan komitmennya membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) lengkap di Malaysia.
Pengarah Urusan Yeoh Seok Hong berkata komponen dalam ekosistem AI itu akan dilancarkan sempena Sidang Kemuncak AI Asean Malaysia 2025, minggu depan.
Menurutnya, syarikat komited membangunkan sektor AI sejak beberapa tahun lalu, dengan memberi tumpuan kepada dua komponen utama iaitu AI Cloud dan penyelesaian LLM.