KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini dimaklumkan Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik mempunyai pengetahuan dan kawalan terhadap dua pucuk pistol tiruan ditemui dalam sebuah kereta diparkir di luar sebuah kondominium.
Pegawai penyiasat Aiman Suhaimi berkata tertuduh satu-satunya individu dilihat menghampiri kenderaan bernombor pendaftaran PMH 6391 sebelum ditahan pasukan polis yang membuat serbuan.
“Pistol tiruan itu ditemui di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelah kiri kereta digunakan tertuduh,” katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabri Othman.