SERDANG: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi menegur beberapa pemimpin kerajaan yang dilihatnya kurang menguasai media sosial selepas dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.
Zahid berkata pengalamannya mengajar kejayaan menguasai naratif sebelum menjadi kerajaan tidak menjamin kejayaan mengurus naratif semasa memerintah.
“Sebagai, contoh terdapat beberapa tokoh di dalam kerajaan sekarang yang ketika menjadi pembangkang sangat-sangat tangkas menguasai media sosial.