PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, meminta Umno menamakan calon ke lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), susulan peletakan jawatan seorang pemimpin akar umbi.
Terdahulu, Ketua Umno Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli lembaga dipengerusikan Zaliha itu, kerana Umno Batu memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan (WP).
Zaliha memberitahu FMT bahawa beliau menghormati keputusan Gulam Muszaffar untuk berundur.