PETALING JAYA: Seorang guru kaunseling dan warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha memberitahu Mahkamah Khas Koroner di Papar, Sabah hari ini bahawa Zara Qairina Mahathir adalah seorang pelajar biasa suka berkawan.
Miswati Lundu yang juga saksi ke-48 inkues kematian Zara Qairina Mahathir berkata dia hanya bertemu remaja itu pada dua sesi kaunseling berkelompok pada 5 dan 14 Mac lalu, menurut Berita Harian.
Menurutnya, berdasarkan sesi itu, Zara Qairina mempunyai salah faham dengan rakannya dan tiada isu lain selain mendapati tiada tanda kemurungan atau kesedihan pada pelajar itu.
