NEW YORK: Calon Demokrat Zohran Mamdani dipilih sebagai Datuk Bandar New York City pada Selasa, menjadikannya orang Islam dan Asia Selatan pertama memegang jawatan itu, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan Associated Press.
Mamdani, 34, menewaskan calon bebas dan bekas gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan Curtis Sliwa dalam kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.
Mengucapkan tahniah kepada Mamdani atas kemenangannya, Cuomo berkata pada majlis malam pilihan raya bahawa ‘malam ini milik mereka dan apabila mereka mula beralih kepada kerajaan, kita semua akan membantu sedaya mungkin’.
