MOSCOW: Sepuluh orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney, Australia semasa satu majlis Hanukkah Yahudi, lapor news.com.au pada Ahad, memetik sumber.
Polis percaya serangan itu telah dirancang selama beberapa bulan, menurut laporan itu.
Agensi Berita Xinhua, memetik Badan Penyiaran Australia (ABC), melaporkan sekurang-kurangnya 16 orang dibawa ke hospital, dengan lebih ramai dirawat di tempat kejadian.
