PETALING JAYA: Sebanyak 14 ajaran yang telah difatwa sesat dikesan masih aktif di negara ini namun ia masih dalam pemantauan pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Zulkifli berkata peranan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk mengekang kegiatan ajaran sesat tetapi perlu mendapat kerjasama semua pihak termasuk masyarakat sivil, NGO serta institusi lain.
Katanya, kerajaan juga bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasaan dan pihak berkuasa agama persekutuan serta negeri bagi memastikan tindakan diambil berdasarkan undang-undang.
