MatchPoint Times

Home

15 maut akibat Taufan Matmo, Vietnam rayu bantuan antarabangsa

Cover Image for 15 maut akibat Taufan Matmo, Vietnam rayu bantuan antarabangsa

Vietnam merayu rakan antarabangsa menyalurkan bantuan kecemasan dan pemulihan susulan siri bencana alam teruk yang melanda negara itu tahun ini.

HANOI: Hujan lebat dan banjir dicetuskan Taufan Matmo meragut 15 nyawa, dengan lapan lagi cedera di wilayah utara serta utara-tengah Vietnam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Empangan Vietnam pada Jumaat yang dipetik Xinhua.

Lebih 225,000 rumah ditenggelami air dan lebih 1,500 lagi rosak teruk, manakala kira-kira 24,000 hektar sawah padi dan tanaman lain turut musnah akibat banjir.

Hampir 587,000 ternakan dan unggas mati atau hanyut dibawa arus. Taufan itu turut menyebabkan gangguan serius kepada perkhidmatan pengangkutan dengan 27 jalan raya terputus akibat banjir serta tanah runtuh, menurut agensi berkenaan.

Tags:bantuankematianpemulihanTaufan MatmoVietnam


Right-wing rivals duel for Bolivia’s top job

Senator Rodrigo Paz is promising “capitalism for all”, while former president Jorge “Tuto” Quiroga is regarded as the “small state” advocate, with voters unsure about both.

🟡AFP

Bankrupt woman charged with acting as company director

She faces a jail term of up to five years, a RM1 million fine, or both.

🟡FMT Reporters